Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di Kota Bharu hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin sedia menemui beliau demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, Nik Aziz berkata beliau tidak mahu berunding dalam erti kata hubungan politik dan perpaduan Islam kerana "soal politik, PAS sudah menutup pintu untuk berunding.".
"Tapi kalau soal royalti, saya mahu pengerusi jawatankuasa pembangunan ekonomi, kewangan dan kebajikan, Datuk Husam Musa ada bersama," katanya.
MalaysiaKini
Ini bukti bahawa Nik Aziz bukan berpolitik cara Islam tetapi hanya mengejar kepentingan wang ringgit dan juga kedudukan politik semata-mata.
Nabi berpolitik pada zaman dahulu demi untuk menyatu padukan masyarakat arab. Nabi juga amat menekankan perpaduan didalam perjuangan baginda. Tetapi, Nik Aziz yang katanya menjadi ketua parti Islam tulen, terang-terang menolak kerjasama dan juga perpaduan umat Islam.
Di dalam hal perbincangan perpaduan bangsa melayu dan umat Islam dengan UMNO di negara ini, Nik Aziz menolak mentah-mentah kerana baginya PAS lebih "mulia" dan tak layak berbincang dengan UMNO.
Bagaimanapun, didalam bab duit ringgit, ahli politik nyanyuk PAS ini begitu teruja dan tak menolak pula berkerjasama dengan UMNO yang dikatakannya sebagai parti tak membawa ke syurga.
Ini satu lagi bukti bahawa PAS sanggup berkerjasama dengan DAP hanya semata-mata hendakkan kedudukan dan juga kemewahan, bukannya demi perjuangan serta dakwah Islam yang selama ini mereka gembar-gemburkan.
Nampak tak sikap berpura-pura dan juga pembohongan yang dilakukan oleh Nik Aziz selama ini? Pemimpin-pemimpin PAS selama ini hanya bertuhankan wang ringgit dan juga mengejar nama sahaja sambil menjual nama Islam.
Patutlah selama ini mereka begitu rakus mengutip duit orang-orang kampung yang berpendapatan rendah di kampung-kampung melalui ceramah maki hamun. Rupa-rupanya, duit yang menjadi matlamat mereka.
Apabila DS Najib turunkan subsidi 5 sen ke atas minyak, pengikut-pengikut PAS dan Pakatan Haram bising bagai nak rak. Tetapi yang pemimpin PAS kutip 5-6 ringgit duit rakyat tiap-tiap malam dalam ceramah, tak bersuara pun pengikut-pengikut mereka.
Mungkin kerana DS Najib turunkan subsidi minyak dan gula, tak nampak faedah apa-apa bagi mereka, tetapi kalau bagi duit 5-6 ringgit masa ceramah, itu sudah kira JIHAD dan dapat tiket free ke syurga kata Tok Garu mereka !




