BREAKING NEWS

Khalid gagap nak tipu siapa ??



Dalam Malaysiakini hari ini telah menyatakan bahawa Khalid Ibrahim telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri bagi memohon bantuan Kerajaan Pusat bagi membenteras kecurian pasir di Selangor.

Dia juga menghantar surat kepada Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan juga Ketua Polis Selangor bagi tujuan yang sama.

Menariknya, niat sebenar Khalid Ibrahim ini amat meragukan dan boleh dipertikaikan apabila dia bersikap tak ikhlas didalam kenyataannya pada Malaysiakini. Cuba teliti kenyataan Khalid dibawah;

"Sebab dalam berita dia kata 'bila kita tahu siapa terlibat, kita akan tangkap.' Jadi sekarang kita telah beri maklumat ini kepada beliau. Kalau dia tidak tangkap, dia bersubahat dengan pencuri pasir pula,"

Ini ayat orang nak minta bantuan ataupun ayat nak mengenakan orang? Apakah Khalid Ibrahim tak tahu adab untuk meminta dengan baik? Ataupun memang Khalid Ibrahim ini seorang yang kurang ajar sejak dahulu lagi?

Memang terserlah niat jahat Menteri Besar Selangor ini disebalik permohonan bantuannya kepada Kerajaan Pusat.



Sebenarnya mereka-mereka ini hanya mahu melepaskan tanggungjawab dari menyelesaikan kemelut pasir di negeri itu kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Dan mereka bolehlah bersenang lenang membahagi-bahagikan hasil rompakan kekayaan negeri sesama kroni mereka.

Disamping itu, selepas ini mereka bolehlah menyalahkan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan juga Ketua Polis Selangor jika masalah pasir masih belum selesai di negeri tersebut.

Inilah muslihat jahat kerajaan Pakatan Haram Selangor yang terdiri dari penyangak PKR, PAS dan juga DAP.

Kalau dah rasa tak mampu nak mentadbir negeri hingga terpaksa menagih bantuan Kerajaan Pusat, Pakatan Haram serta seluruh wakilnya di Selangor tunggu apa lagi? Eloklah pakat-pakat letak jawatan dan berambus keluar dari negeri tersebut !!

Takkan hanya nak rileks makan gaji buta tetapi kerja urus negeri lepaskan kepada Kerajaan Pusat?

Balak di Kelantan vs Pasir di Selangor



Rakyat negara ini perlu sedar bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Haram langsung tak mempunyai keupayaan untuk mentadbir negeri. Jika negeri pun tunggang langgang dibawah tangan mereka, bagaimana pula nasib negara kalau berada dibawah pentadbiran mereka?

Hari ini, isu kecurian Pasir di Selangor masih tak dapat diselesaikan oleh Khalid Ibrahim malahan ianya menjadi lebih teruk daripada keadaan sewaktu pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional dahulu.

Wakil-wakil Pakatan Haram ini dahulu begitu sibuk menghentam kekurangan kerajaan dan bercakap besar kepada rakyat Selangor kononnya mereka mampu mentadbir dengan lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.

Tetapi setelah rakyat Selangor menyerahkan mandat pentadbiran kepada mereka, terbukti mereka-mereka ini sebenarnya pembohong besar dan munafik nombor satu didalam negara. Ternyata tiada apa satu pun yang mereka tahu mengenai urusan pentadbiran negeri kecuali hanya makan gaji buta dan duduk goyang kaki sahaja.

Isu Pasir di Selangor ini tak ada bezanya dengan kes penyelewengan balak di negeri Kelantan. Nik Aziz serta gerombolan 40 penyamunnya telah hidup senang lenang hasil dari duit pembalakan negeri selama berpuluh tahun.

Rakyat Kelantan dibiarkan dibelenggu kemiskinan dan melarat hingga ada yang terpaksa berkongsi rumah dengan ayam didalam reban.

Walaupun ada laporan serta pendedahan yang dibuat, namun Wali Selipar ini begitu kebal mungkin kerana kehebatan doa pecah perutnya. Semua pihak takut hendak menyiasat isu balak di Kelantan mungkin akibat takut didoakan pecah perut dan didoakan bala oleh Wali Selipar.

Semua ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Haram hanya tahu menyonglap "harta rakyat" tanpa sebarang kompromi. Mereka-mereka ini bagaikan lanun darat yang kerjanya hanya merompak 24jam tanpa henti.

Selagi ada kekayaan negeri yang boleh mereka samun, selagi itulah mereka tak akan berhenti menjalankan operasi jahat mereka. Jika tidak dibendung, mereka-mereka ini akan hanya berhenti setelah negeri menjadi papa kedana dan rakyat tinggal seluar spendar !

Lolo sudah tukar jadi Lalok !



Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa memilih untuk menunjukkan kebodohan dirinya sendiri di khalayak ramai apabila bertindak menyalahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) didalam kes kecurian pasir di Selangor.

Dr Lolo melalak di dalam Dewan Rakyat kononnya kerajaan pusat yang bersalah didalam isu panas penyelewengan pasir ini apabila kerajaan tidak bertindak mengerahkan PGA ini mengawal aktiviti curi pasir. Sebab itulah kecurian pasir di Selangor berleluasa katanya.

Tindakan wakil PAS ini jelas menunjukkan bahawa mereka selama ini hanya makan gaji buta dan duduk goyang kaki sahaja tanpa mengambil tahu struktur perjalanan pentadbiran negeri apabila mempertikaikan pengeluaran permit korek pasir di Selangor.

Apakah selama ini Dr Lolo tak mengetahui bahawa kerajaan negeri yang bertanggung jawab mengeluarkan permit untuk mengorek pasir di Selangor? Apakah Dr Lolo juga tak tahu bahawa pihak yang patut mengawal serta memantaunya juga adalah tugas kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah?



Memang tindakan Dr Lolo ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin PAS yang dilantik menjadi wakil rakyat kebanyakannya adalah dari jenis yang bodoh sombong dan tak tahu apa satupun.

Dr Lolo juga telah memalukan seluruh pengundi yang menaikkan namanya di Titiwangsa. Inilah akibatnya apabila seorang yang hanya tahu tentang ubat batuk dan juga pil tidur diangkat menjadi wakil rakyat.

Dr Lolo ini dahlah bodoh, tetapi degil tak mahu belajar. Dia sendiri tak tahu tetapi sombong pula untuk bertanya. Akhirnya, termalu sendiri akibat bola tanggung yang dilemparkan di dalam Dewan Rakyat direjam kembali oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar iaitu DS Douglas Uggah Embas.

Sekarang ini siapa yang malu? Bukan hanya Dr Lolo seorang tetapi seluruh wakil-wakil PAS juga kemalu-maluan akibat dari kebaghalan mereka didedahkan oleh Dr Lolo yang telah lalok didalam Dewan Rakyat !

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online