PAS sebenarnya telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI mereka sahaja. Pemimpin-pemimpin PAS langsung tidak layak digelar Ulama sebaliknya boleh digelar Pengkhianat atau Munafik kepada Agama Islam.
PAS itu sendiri juga amat jauh untuk digelar parti Islam apabila perjuangan serta perbuatan mungkar mereka jauh menyimpang dari apa yang telah digariskan didalam Islam.
Mari kita lihat senarai penyelewengan serta pengkhianatan yang dilakukan oleh PAS yang membuatkan mereka langsung tak layak digelar parti Islam.
- MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM DAN MENYURUH RAKYAT MENERIMA KAFIR HARBI SEPERTI DAP YANG TERANG-TERANGAN MENOLAK NEGARA ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN.
- MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM SETELAH MEREKA MENJADI TALIBARUT KEPADA DAP.
- MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG UMNO
- MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK SEOLAH-OLAH ISLAM ITU HAK EKSLUSIF MEREKA SAHAJA.
- MENGHINA ISTERI-ISTERI PEMIMPIN UMNO KERANA TAK MENUTUP AURAT TETAPI MEREKA MENGHALALKAN PULA AURAT SUARA WANITA PAS SEMASA BERKEMPEN DALAM PILIHANRAYA UMUM UNTUK MENJATUHKAN UMNO.
- MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM SEPANJANG PILIHANRAYA WALAUPUN DI BULAN SYAABAN. PADA MASA YANG SAMA UMNO DILARANG MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA KERANA IANYA HANYA HALAL BAGI PAS.
- NIK AZIZ MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB. APAKAH NIK AZIZ MAHU MENAIKKAN DARJAT DIRINYA SETARAF DENGAN TUHAN?
- MENIPU RAKYAT KELANTAN UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN ‘SERAMBI MEKAH'. BEGITU JUGA DENGAN RETORIK PEMBOHONGAN MENGENAI HUKUM HUDUD YANG TAK MAMPU MEREKA LAKSANAKAN DI KELANTAN
- MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA. KAFIR YANG MENENTANG UNDANG-UNDANG SERTA PERLAKSANAAN NEGARA ISLAM JUGA DIANGKAT MENJADI SEKUTU DEMI KERUSI PILIHANRAYA
- MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DI KELANTAN DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG UMNO.
- MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS SERTA MENJANJIKAN PAHALA KEPADA SESIAPA YANG MENGUNDI PAS PADA PILIHANRAYA
- MENGKAFIRKAN UMNO DENGAN MENUDUDH UMNO PARTI SYIRIK DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO HANYA MENGAMALKAN ISLAM PALSU
- MENUDUH ULAMA-ULAMA UMNO FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM
- MENGAKUI BAHAWA PAS ADALAH PARTI YANG DITERIMA AGAMA ISLAM DAN PAS ADALAH PARTI ALLAH
- MENGELUARKAN FATWA BAHAWA ULAMA YANG MASUK UMNO SERTA MENYOKONG KERAJAAN ADALAH ULAMA SEKULAR DAN SYIRIK KERANA MENENTANG ISLAM
- MENDAKWA UMNO DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL ADALAH ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.
- MENYALAHGUNAKAN KUASA DALAM PEMBERIAN BALAK DI KELANTAN DAN MEMBAHAGI-BAHAGIKAN PROJEK BALAK UNTUK KRONI MEREKA SAHAJA
- GAGAL MEMERINTAH KELANTAN DAN MEMBIARKAN NEGERI KELANTAN MENJADI MUNDUR HINGGA ADA PENDUDUK TERPAKSA TINGGAL DALAM REBAN AYAM AKIBAT KEMISKINAN.
- MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN SEDANGKAN PEMIMPIN PAS KELANTAN BERMEWAH-MEWAH TANPA BATASAN
- MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH, MENGHINA ISLAM DAN SALAH LAKU MORAL SEPERTI ANWAR, ELIZABETH WONG, KARPAL SINGH DAN LAIN-LAIN
- MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT SOKONGAN MASYARAKAT
- MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENJADI JUARA POLITIK DAN UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN.
- MEMPERMAIN-MAINKAN AL–QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI. DAN JUGA MENGHARAMKAN APA YANG HALAL DIDALAM ISLAM HANYA SEMATA-MATA KERANA MAHU TERUS BERKUASA
- MEMPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN DENGAN MENCAMPURADUKKAN MAKI HAMUN SERTA AYAT BIADAP DIDALAM CERAMAH ATAU MAJLIS MEREKA
- RAMAI PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS TELAH BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN APA YANG DIANGGAP FATWA OLEH PENGIKUTNYA TANPA TAULIAH DARI JABATAN AGAMA.
- KEBANYAKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS AMAT SUKA MENGANGKAT DIRI MEREKA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI PADA MASA YANG SAMA MEREKA BERPERANGAI SEPERTI SYAITAN DENGAN MEMFITNAH, MENCARUT SERTA MEMAKI ORANG SESUKA HATI.
Justeru itu, sebagai umat Islam perlu kita sedari bahawa PAS bukan memperjuangkan Islam tetapi hanya menyesatkan umat Islam di negara ini daripada ajaran sebenar yang dibawa oleh Rasulullah saw !
PAS sebenarnya telah menjadi parti munafik yang cukup besar kerana sanggup menggadaikan maruah Islam dan bangsa melayu semata-mata demi kepentingan politik sendiri !

ringkasan penyata akaun yayasan aman
oleh :
X -pkr 1. Makin terserlah tembelang AnWAR! Kali ini giliran rakan-rakan AnWAR di luar negara pula yang mendedahkan tabiat songsang dan tikan 'belakang' AnWAR. Pendedahan luar negara mendakwa AnWAR menjadi alat CIA Amerika Syarikat. Pendedahan dalam negara pula mendakwa AnWAR punya hubungan debgan beberapa CEO GLC negara.
2. Dalam kita ghairah mendesak AnWAR disiasat berkaitan organisasi di luar negara, jangan dilupa organisasi yang sekian lama dikuasai AnWAR di dalam negara.
Yayasan Aman di Permatang Pauh atau lebih tepat, di Penanti kini adalah pusat operasi PKR. Yayasan Aman juga sekian lama menjadi alat kepada AnWAR menyembunyikan dana.
3. Kini pengerusi Yayasan Aman ialah Azizah, isteri AnWAR. Manakala
SAiful Izham Ramli bertindak sebagai Penasihat undang-undang yayasan.
Datuk Ishak Ismail (ex KFC dan IWK dan Idris Hydraulic) juga punya kepentingan di sana dengan meletakkan proksi beliau di sana bernama Azmi Nayan. Azmi hanya mengaburi mata pihak berkuasa.
4. Yayasan Aman punya dana yang besar konon membiayai program-program kebajikan di Permatang Pauh. Tiada keraguan tentang aktiviti kebajikan yang dijalankan, namun jika dihitung dari jumlah besar dana Yayasan Aman, dana kebajikan hanya peratus kecil sahaja. Akaun Yayasan Aman juga diurus secara bercampur-campur.
5. Dipercayai Yayasan Aman punya beberapa akaun lain yang hanya orang tertentu yang dibenar melihatnya. Akaun yang dibentang kepada ahli hanya mahu mengaburi mata mata mereka. Sedikit bantuan yang diberi juga sekadar mahu menutup fungsi sebenar Yayasan Aman.
AnWAR cukup handal menutup 'lubang'!6. Tidak ramai juga ahli PKR Permatang Pauh tahu bahawa Marzuki Ibrahim (adik AnWAR) yang kaya raya juga orang yang berperanan besar dalam Yayasan Aman w/pun Marzuki tiada nama langsung dalam Yayasan Aman. Penglibatan politik Marzuki juga amat terhad. Mungkin arahan AnWAR agar Marzuki 'low profile' agar peranannya sukar dihidu!
7. Atas nama kebajikan, dipercayai dana AnWAR dari luar negara disimpan dengan selamat dalam negara bagi tujuan operasi PKR. PKR juga hanya digunakan mengaburi pihak yang membiayai AnWAR konon beliau sedang 'struggle' dalam kancah politik Malaysia. Sebenarnya Yayasan Aman hanya topeng bagi AnWAR dan Azizah membina imej mereka..........
Hukum bagi mengharamkan sesuatu yang halal termasuklah rezeki kurniaan Allah swt adalah berdosa besar dan juga seolah-olah mencabar hukum yang digariskan dalam Islam. Menjatuhkan hukum haram kepada sesuatu yang halal juga adalah satu kelancangan terhadap hukum Allah swt.
Allah telah berfirman yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)
Pemimpin-pemimpin PAS telah menggariskan hukum didalam bai'ah terbaru untuk wakil-wakil mereka iaitu HARAM segala pendapatan wakil tersebut dan juga anggota keluarganya jika bertindak keluar parti.
Selain dari itu, bai'ah terbaru PAS juga menyatakan bahawa wakil yang keluar parti dikehendaki meletakkan jawatan serta membayar ganti rugi kepada parti jika mereka tidak lagi bersama PAS.
Siapakah pemimpin-pemimpin PAS ini yang mahu mengharamkan rezeki halal yang diperolehi oleh wakil-wakil mereka dan juga anggota keluarganya? Tinggi sangatkah ilmu agama mereka sehingga sanggup mengharamkan sesuatu yang halal disisi Allah?
Perbuatan pemimpin-pemimpin PAS ini secara jelas bertentangan dengan hukum Allah. Kelakuan mereka ini semata-mata hanya menurut nafsu syaitan yang semakin membelenggu akibat dari tamakkan kuasa dan kedudukan.
Tindakan mengharamkan yang halal ini juga menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin PAS sanggup mengubah apa yang tertulis didalam Islam demi kepentingan peribadi mereka sendiri.
Tindakan PAS ini sama dengan mencabar apa yang telah dihukumkan Allah didalam Al Quran. Perbuatan mereka-mereka ini merupakan dosa yang besar kerana telah menyempitkan serta mengelirukan masyarakat tentang hukum-hukum Islam.
Ini semua bertentangan dengan prinsip umum Syariah Islam yang memberikan kemudahan serta menghilangkan kesulitan didalam agama.
Dari Sa`d Ibn Abi Waqqash, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya yang paling besar dosa dan kejahatannya dari kaum muslimin adalah orang yang bertanya tentang hal yang tidak diharamkan, lantas hal tersebut menjadi diharamkan karena pertanyaannya tadi.” (Riwayat al-Bukhari)
Jadi, sudah terang apa yang pemimpin-pemimpin PAS lakukan didalam bai'ah mereka sudah menyeleweng dari lunas-lunas Islam dan juga amat bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Allah swt dan juga Nabi Muhammad saw.
Selepas ini, jika ada dikalangan lebai-lebai mangkuk yang menyatakan bahawa jadi ahli PAS atau pun mengundi PAS masuk syurga serta beroleh pahala, mereka yang kata begitu adalah dari kalangan pembohong besar.
PAS bukan sahaja tak mampu membawa ahli-ahli mereka masuk syurga, malah kini segala tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS mengharamkan hukum Allah seolah-olah mahu merejam seluruh ahli mereka ke dalam neraka !
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.