Selepas Kampung Jalan Asam di Jelutong yang bakal diranapkan oleh Zionis DAP dalam tempoh masa 3 bulan, kini difahamkan Kampung Binjai di Bayan Lepas pula bakal menerima nasib yang sama dengan Kampung Jalan Asam dan juga Kampung Buah Pala.
Lebih dari 50 buah rumah dikampung tersebut bakal dirobohkan oleh pemaju bagi mendirikan lot banglo mewah 3 tingat dan juga rumah berkembar 3 tingkat. Difahamkan bahawa hampir keseluruhan penduduk kampung ini adalah merupakan penyokong UMNO/BN dan hanya 4-5 keluarga sahaja yang menjadi penyokong tegar Pakatan.
Projek perumahan mewah ini sebenarnya telah dihalang oleh wakil UMNO Bayan Lepas dahulu diatas alasan bahawa projek ini akan mendatang kesesakan yang teruk dijalan utama Bayan Lepas-Balik Pulau semasa waktu puncak.
Diatas desakan tersebut, kelulusan Projek Perumahan di kawasan daerah Barat Daya telah dibekukan setelah kerajaan negeri terdahulu menimbangkan alasan yang diberikan. Ini hampir serupa keadaannya dengan Kampung Buah Pala yang diberi kelonggaran oleh kerajaan BN P.Pinang sebelum ini.
Namun, kerajaan Zionis DAP yang dikepalai oleh Lim Guan Eng langsung tak pedulikan rintihan rakyat. Mereka hanya tahu merampas tanah kampung dan hanya mengutamakan keuntungan poket sendiri. Sebab itulah Kampung Buah Pala yang aman dibawah kerajaan BN dirobohkan oleh DAP selepas mereka memerintah negeri.
Kampung Jalan Asam bakal menyusul mengikuti nasib Kampung Buah Pala dan Kampung Binjai yang selamat sewaktu kerajaan negeri diteraju oleh BN, kini bakal hanya tinggal kenangan. Penduduk Kampung Binjai yang hampir keseluruhannya dari bangsa Melayu pasti tak akan dapat menikmati rumah mewah yang akan didirikan ditanah kampung mereka kerana harganya sahaja sudah mencecah setengah juta sebuah.
Inilah wajah-wajah sebenar pemerintahan Lim Guan Eng dan kerajaan Zionis DAP. Jika dahulu mereka selalu menuduh UMNO/BN zalim dan merompak harta rakyat, kini terbukti bahawa merekalah yang sebenarnya menjadi penyamun besar didalam negeri.
Selama dua tahun mereka memerintah, habis segala kampung dirampas, tanah-tanah wakaf dirompak dan juga tanah-tanah bukit diratakan bagi menyonglap setiap kekayaan negeri. Hampir keseluruhan ceruk tanah di negeri P.Pinang tak terlepas dari tangan-tangan rakus kerajaan Zionis DAP yang begitu dahagakan "darah rakyat".
Inilah bentuk penjajahan zaman moden yang dijalankan Lim Guan Eng dan DAP di P.Pinang. Semakin hari, hak melayu dan juga harta rakyat negeri dirompak dan dimusnahkan.
ADUN Bayan Lepas iaitu YB Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad (UMNO) kini difahamkan sedang berusaha untuk medapatkan bantuan dari kerajaan pusat bagi menghalang perobohan Kampung Binjai oleh kerajaan negeri DAP.
Diharapkan YB Syed Amerruddin akan dapat mencari jalan untuk mengekalkan penduduk dikawasan ini.




