BREAKING NEWS

30 Dasar Kerajaan Pembohong Rakyat




Perkayakan Rakyat dengan berkongsi kekayaan dan hasil
ekonomi demi mencapai keadilan dan sosial ekonomi

Perkuasakan Rakyat dengan hak-hak asasi ,kebebasan asas
dengan kebertangungjawaban serta menghormati kedaulatan
undang-undang

Perkasakan Rakyat dengan kepakaran , ilmu pengetahuan dan
pendidikan serta menyediakan peluang yang saksama kepada
semua lapisan masyarakat bagi menjana kemakmuran rakyat



MISI 3P SEBENAR KERAJAAAN GUAN ENG ADALAH



PELINGKUP RAKYAT



PEMBOHONG RAKYAT



PENINDAS RAKYAT




p/s: Kami amat berbesar hati dan juga menghargai kesediaan blogger Otai Pejuang Bangsa untuk bersama-sama membantu menyumbangkan artikel di blog UMPP ini. Kecil tapak tangan, Nyiru kami tadahkan. Terima kasih daun keladi dari UMPP.

Hosni Mubarak ularmak upahan PAS.



Saban hari PAS menuduh UMNO dan kerajaan BN menipu rakyat. Di dalam isu apa sekalipun, biarpun usaha untuk kebajikan rakyat jika ia diusahakan oleh UMNO dan BN, PAS serta Pakatan Rakyat tetap menghebohkan kepada masyarakat bahawa kerajaan mahu menipu lagi.

Siapa yang sebenarnya kuat menipu rakyat? Baru dua tiga hari lepas, ada berita kemasukan sekumpulan ulamak muda menyertai UMNO. Ini sepatutnya disambut baik oleh PAS kerana mereka selama ini menuduh bahawa UMNO takkan membawa ke syurga. Jadi biarlah kumpulan ulamak muda ini berdakwah kepada UMNO dan membetulkan segala kesilapan yang ada.

Tetapi, PAS memilih untuk mengeji dan membuat fitnah kononnya ada ulamak didalam kumpulan ulamak muda tersebut diperdaya oleh UMNO dan Datuk Seri Shahidan Kassim. PAS telah menampilkan kononnya seorang ulamak yang berada bersama kumpulan tersebut yang bernama Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid dari Sg Buloh berserta tiga lagi rakannya untuk membuat kenyataan bahawa mereka telah diperdaya.

Cuba teliti cerita dari Hosni Mubarak ini,

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escala...tor, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu. 


 “Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,”. 


 “Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Persoalan yang timbul disini ialah,

1. "dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall"... siapa yang bawa masuk?

2. Perkataan KAMI, kami itu bermaksud ramai. Adakah yang ramai2 tu, tak seorang pun yang kenal siapa yang bawa mereka masuk melalui bangunan sebelah Mall?

Tak juga diberitahu kami itu berapa orang, mungkin 44 orang. Mungkin juga yang join 40 dan yang tak join 4 orang.

3. "Naik escalator, pusing-pusing...." Takkan x ada seorang ulama pun yang berada disitu tahu mereka berada disana untuk apa? Atau mereka sekadar mengikut?

4. Mereka ni beramai2 datang dari mana? berkumpul dimana? siapa ketua? Takan yang semua mereka ini bisu?

Dan didalam Malaysiakini telah disiarkan penafian dari Fathul Bari Mat Jahaya yang merupakan antara 40 orang ulamak muda yang menyertai UMNO pada hari tersebut.

Ustaz Fathul berkata Hosni dan tiga rakannya langsung tiada dalam senarai kumpulan mereka. Dan jika benar Hosni dan rakannya diperdaya, mengapa mereka masih bersenang lenang menjamu selera di majlis anjuran UMNO tersebut.

Nampak sangat penipuan yang dibuat oleh Hosni Mubarak ini. Mungkin mereka ini sengaja dihantar oleh Pas bagi mengintip majlis UMNO. Dan mungkin mereka dijanjikan dengan tiket syurga oleh Idris Ahmad jika berlakon untuk memburuk-burukkan UMNO.

Jika orang seperti Hosni Mubarak ini dianggap sebagai ulamak oleh PAS, memang benarlah bahawa ulamak PAS semuanya adalah ulamak kangkong, nampak cantik diluar tapi dalam kosong.Cakap berdegar-degar umpama tong kosong. Dengar bunyi saja kuat tapi isi tiada langsung!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online