KOTA KEMUNING – Ahli Parlimen Kota Raja, Selangor Dr Siti Mariah Mahmud mencabar ulama muda yang menyertai UMNO supaya menghapuskan budaya politik wang, budaya berjuang untuk projek, budaya untuk kepentingan diri sendiri yang sudah menjadi darah daging dalam UMNO selama ini.
Menurutnya, selama ini beliau tidak pernah mendengar ulama dalam UMNO membuat satu kenyataan yang menentang keputusan-keputusan yang menyalahi agama.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, sebelum ini apabila ada perkara yang tidak betul, ulama UMNO membisu dan hanya membawa perkara tertentu sahaja.
SinarHarian
Sebelum Dr Mariah nak cabar ulamak muda yang baru menyertai UMNO, elok rasanya dia cabar dulu ulamak politik dalam PAS membetulkan akidah mereka yang semakin menyeleweng. Tak guna nak berkokok lantang jika ekor sendiri masih berpalitan najis.
Jika Dr Mariah mahu menuduh UMNO mengamalkan budaya politik wang, dasar UMNO sendiri menggariskan bahawa politik wang itu adalah salah dan UMNO juga bermati-matian membenteras budaya politik wang dalam parti.
Tetapi, PAS tak langsung mengambil tindakan apabila ada pemimpin mereka yang terbabit dengan rasuah politik. Contohnya seperti Nik Aziz yang menerima imbuhan pakej menunaikan Umrah sebanyak RM 65k. Mengapa tiada seorang pun "ulamak" dalam PAS menegur Nik Aziz. Inilah yang dinamakan cakap tak serupa bikin.
Kalau Dr Mariah sibuk menunding jari kepada pemimpin UMNO yang dikatakan sibuk mengejar projek, bagaimana pula pemimpin PAS Kelantan yang begitu rakus memonopoli tender-tender balak dan juga projek-projek dari PMBK? Menantu Nik Aziz sendiri terlibat dengan pengagihan tender billboard di negeri itu dan semua projek ini hanya berlingkar diantara kroni mereka sahaja.
Begitu juga dengan budaya pentingkan diri sendiri. Pemimpin-pemimpin PAS terlampau mementingkan diri sendiri hinggakan wang KOHILAL sanggup diselewengkan dan juga hasil tabung Memali dilenyapkan.
Apakah Dr Mariah berani mendedahkan kemana hasil kutipan setiap ceramah-ceramah PAS pergi? Tentunya dia tak berani kerana lebih separuh masuk ke dalam kantung pemimpin PAS sendiri ! Lihat sahaja bagaimana pemimpin PAS berlagak dengan kereta-kereta mewah serta memiliki rumah-rumah yang besar hasil dari kutipan derma masyarakat kampung.
Inikah yang dinamakan berjiwa rakyat? Sebenarnya inilah yang dinamakan berjiwa laknat ! Berpura-pura alim tetapi memeras ugut setiap hasil keringat orang kampung. Kononnya akan digantikan dengan ganjaran syurga, tetapi sebenarnya semua auta belaka.
Termasuklah Dr Mariah ini yang hanya tahu bercakap tetapi langsung tak tahu apa yang dimaksudkannya. Pemimpin-pemimpin sebegini boleh dikategorikan sebagai dajal-dajal kecil yang hanya tahu menghasut dan memecahbelahkan rakyat demi survival politik mereka.
Tiada yang lebih busuk hatinya di negara ini daripada pemimpin-pemimpin seperti Dr mariah dan Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mengumumkan kenaikan 34 peratus kadar tol untuk jambatan kedua walaupun syarikat konsesi berwajib nyata mendapat untung berganda hasil jambatan pertama.
Ini kerana, beliau berkata, Najib pada masa yang sama sanggup menurunkan 30 peratus kadar tol di Jambatan Johor-Singapura Kedua walaupun kerajaan dan syarikat konsesi berwajib nyata mengalami kerugian dalam menguruskan prasarana jabatan tersebut.
“Saya nak tanya, mengapa Jabatan Johor-Singapura yang rugi diturunkan kadar tol, Jambatan Pulau Pinang Kedua yang menguntungkan konsesi dinaikkan kadar tol,” soal beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Harakah
Mengapa Lim Guan Eng bising pasal kenaikan tol jambatan kedua P.Pinang dan juga penurunan 30% kadar tol jambatan Johor-Singapura? Hal ehwal negeri P.Pinang pun tak terjaga, nak disibukkan pula hal luar bidang kuasanya. Walhal, janji DAP dan juga apek Melaka ini semasa PRU12 lalu pun masih tak tertunai.
Dulu Lim Guan Eng dan juga komunis DAP sibuk berjanji untuk menghapuskan tol Jambatan P.Pinang dan juga Tol Sungai Nyior yang mereka sifatkan membebankan rakyat negeri ini. DAP dan Lim Guan Eng juga melemparkan tuduhan bahawa kerajaan memerah wang rakyat P.Pinang dengan mengenakan tol yang tinggi di kedua-dua laluan tersebut.
Kini, setelah masuk tahun kedua DAP menjajah P.Pinang, tol jambatan dan juga tol Sg Nyior masih lagi wujud dan juga beroperasi. Apakah Lim Guan Eng ingat rakyat P.Pinang mudah lupa? Jangan ingat dengan dengan menghulur rasuah RM 100 kepada warga tua P.Pinang, semuanya akan dilupakan.
Hampir keseluruhan rakyat P.Pinang kini makin muak dengan pentadbiran DAP dan juga apek buangan dari Melaka ini. Seluruh negeri P.Pinang sudah masak benar dengan perangai ultra kiasu dan juga tingkahlaku komunis mereka memerintah negeri.
Buktinya, setiap majlis ataupun ceramah yang dianjurkan oleh kerajaan negeri DAP, langsung tak mendapat sambutan. Malah adakalanya langsung tiada orang jika Lim Guan Eng hadir untuk memberi ucapan. Begitu juga halnya dengan majlis anjuran Pas dan PKR. Setakat janji kosong, siapa yang nak percaya lagi?
Jika sebelum ini banyak didedahkan bagaimana bangsa melayu P.Pinang ditindas oleh kerajaan yang dikepalai oleh apek Melaka ini, kini masyarakat cina dan india juga semakin tak percaya kepada Lim Guan Eng. Semuanya akibat dari manifesto PRU12 yang langsung tak ditunaikan.
Oleh itu, DAP dan juga Pakatan Rakyat jangan ingat boleh selamat dan mengekalkan jajahan mereka di negeri ini pada PRU13 nanti.
Sekali menipu mungkin rakyat P.Pinang percaya, kalau nak try kali kedua, kahak hijau akan sampai ke muka Apek Melaka dan kuncu-kuncunya.
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.