BREAKING NEWS

Salam Perjuangan.




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Blog ini ditubuhkan bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahukan jentera UMNO memperkukuhkan kekuatan di ruang maya.

InsyaAllah, dengan izin Allah swt, blog ini akan berusaha merungkai dakyah-dakyah pembangkang serta menangkis segala tohmahan terhadap kerajaan yang dimainkan di cyberspace.

Pentadbir serta rakan-rakan blog ini akan cuba sedaya upaya mendedahkan salahlaku pembangkang dan juga putarbelit yang cuba mereka mainkan khususnya di negeri P.Pinang ini dan juga di seluruh negara.

Di harap, blog ini akan dapat menyumbangkan sedikit kekuatan buat perjuangan rakan-rakan maya khususnya blogger-blogger pro kerajaan yang selama ini tak putus-putus berjuang dengan penuh ikhlas dan juga penuh dedikasi.

Dengan ini, secara rasminya Unit Media Permatang Pauh mengisytharkan perang habis-habisan terhadap seluruh gerombolan pembangkang dan juga Pakatan Rakyat.

Demi Agama, bangsa dan juga tanahair ! Allahuakbar !!

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online